Untuk langkah yang pertama sudah tentulah kita perlu mengetahui apa yang diperlukan dalam sesuatu tugasan untuk memudahkan lagi pencarian maklumat. Jadi, antara langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam kemahiran pertama ini adalah :
Memahami tugasan
- Ini merupakan aspek yang paling penting. Sebelum memulaan sebarang tugasan, kita perlu memahami apakah yang dikehendaki dalam sesuatu tugasan itu. Cari kata kunci yang terkandung dalam tugasan itu.
- Contohnya : Bina satu peta minda mengenai cara-cara pengurusan masa yang efektif.
- Kita dapat lihat perkataan-perkataan yang diwarnakan merupakan kata kunci yang merujuk kepada kehendak tugasan tersebut.
- Kita boleh mempelbagaikan sumber rujukan kita.
- Terdapat pelbagai bentuk sumber rujukan yang ada pada masa kini seperti buku, majalah dan internet.
- Dengan merujuk kepada pelbagai sumber rujukan, kita dapat mendapatkan maklumat yang selengkapnya mengenai sesuatu tugasan dan membandingkan antara sumber-sumber tersebut.
- Teknik ini juga memudahkan kita sekiranya kita tidak pasti akan maklumat yang perlu dicari.
- Bina soalan mudah berkenaan tajuk tersebut seperti bagaimana, mengapa, bila dan siapa.
- Tentukan maklumat yang berkenaan mengenai tugasan anda sahaja.
- Maklumat-maklumat sampingan juga boleh dimasukkan sekiranya berkaitan dengan tugasan tersebut.
- Tentukan skop maklumat yang bersesuaian dengan tugasan anda dan pastikan ia relevan dengan sukatan pelajaran ataupun tahap pengajian anda.
- Elakkan mencari maklumat yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran anda, dibolehkan sekiranya untuk pengetahuan tambahan tetapi tidak melampau-lampau.
- Anda boleh pergi berjumpa dengan guru ataupun pensyarah sekiranya mempunyai kemusykilan dalam melakukan tugasan tersebut ataupun bertanya kepada rakan-rakan tentang bagaimana mereka melakukannya.
- Elakkan bertanya pada saat-saat akhir. Hal ini hanya membuatkan anda lebih panik kerana membuat tugasan di saat-saat akhir.
RSS Feed
Twitter
21:54
Fahmi
0 comments:
Post a Comment