Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog, pada hari ini saya ingin menjelaskan tentang apakah itu Model The Big 6 Skills. Tapi sebelum kita pergi ke Model The Big 6 Skills, mari kita kenal dulu apakah yang dimaksudkan dengan maklumat ? Mungkin semua biasa mendengar perkataan maklumat ini. Tapi, apakah yang sebenar dimaksudkan dengan maklumat itu dan apakah ciri-cirinya??
DEFINISI MAKLUMAT
- MAKLUMAT ialah data, bahan, pengetahuan dan kebijaksanaan.
- MAKLUMAT juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur tertentu yang mempunyai makna.
CIRI-CIRI MAKLUMAT
- RELEVAN
- BOLEH DIPERCAYAI
- BOLEH DIFAHAMI
- LENGKAP
- TEPAT PADA MASANYA
- MENGURANGKAN KETIDAKPASTIAN
BUKAN MAKLUMAT SEKIRANYA ;
- LAMA ATAUPUN KETINGGALAN
- TERLALU BANYAK
- TIDAK JELAS
- TIDAK LENGKAP
- BUKAN DALAM FORMAT YANG DIPERLUKAN
APAKAH LITERASI MAKLUMAT?
- Diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an oleh AMERICAN LIBRARY ASSOCIATION (ALA)
- Di Amerika Syarikat pencarian maklumat dicipta oleh Michael B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987 yang dinamakan Big Six Skills atau Enam Kemahiran Utama.
1. Suatu kemahiran yang digunakan apabila maklumat tertentu diperlukan,
2.Kebolehan mencari dan memperoleh maklumat dalam apa jua format
3. Menggunakan maklumat tersebut secara aktif
menurut : Anthony Robins dalam bukunya The Unlimited Power, “Information is power, action is absolute power”.
PENGENALAN MODEL THE BIG 6 SKILLS
Model pengajaran yang diperkenalkan oleh Michael
Eisenberg dan Bob Berkowitz pada tahun 1998.
• Model The Big 6 Skills (The Big 6 skills information
problem-solving approach to library and
information skills instruction) – cara menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kemahiran maklumat.
Enam kemahiran utama tersebut adalah :
- Menentukan Tugasan (Task Definition)
- Strategi Mencari Maklumat (Info Seeking Strategies)
- Lokasi dan Akses (Locatian and Access)
- Kegunaan Maklumat (Use of Information)
- Sintesis (Synthesis)
- Penilaian (Evaluation)
TEMA MODEL THE BIG 6 SKILLS
- Model The Big 6 Skills ini boleh diaplikasikan dalam mana-mana subjek, tanpa mengira peringkat umur dan tahap pengajian.
| Enam Kemahiran Utama boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur. |
- Model The Big 6 Skills ini sangat fleksibel dan boleh diaplikasikan dalam mana-mana situasi yang berkenaan dengan maklumat.
- Kemahiran teknologi sangat berguna dalam Model The Big 6 Skills ini.
- Penggunaan Model The Big 6 Skills ini tidak perlu terlalu linear, atau mengikut peringkat ke peringkat.
- Model The Big 6 Skills sangat diperlukan dan mencukupi untuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan tugasan.
- Model The Big 6 Skills ini merupakan pendekatan unggul untuk mengintegrasikan pembelajaran literasi maklumat dengan semua subjek tanpa mengira tahap pengajian.
- Model The Big 6 Skills menyediakan sebuah panduan mengenai “metakognisi” – yang membantu orang untuk memberitahu bagaimana mereka belajar dan menyelesaikan masalah
RSS Feed
Twitter
21:05
Fahmi

0 comments:
Post a Comment